Wednesday, September 3, 2008

Portal Perkhidmatan Awam

Portal Perkhidmatan Awam yang lebih dikenali sebagai myGovernment merupakan gerbang utama yang membolehkan pengguna mencapai maklumat, borang muat turun dan perkhidmatan dalam talian Kerajaan dengan lebih mudah menerusi konsep yang berasaskan kehendak pengguna (intention-based).

Sebagai gerbang utama bagi semua maklumat dan perkhidmatan agensi Kerajaan, orang ramai boleh mencapainya melalui Internet tanpa perlu mengetahui alamat laman web setiap agensi Kerajaan atau hadir ke agensi-agensi kerajaan bagi mendapatkan perkhidmatan, borang atau maklumat.

Antara kemudahan yang terdapat pada Portal adalah:


  • LamanKu (MyHome)Membenarkan paparan maklumat secara personalised kepada pengguna Portal yang berdaftar.
  • Pusat MesejMembenarkan pengguna mengirim dan menerima mesej daripada agensi-agensi Kerajaan dan Portal.
  • Pusat UndianMenyediakan senarai topik yang memberi peluang kepada pengguna menyatakan pandangan mereka mengenai sesuatu isu semasa melalui Portal.
  • Pusat E-TransaksiPusat untuk borang muat turun dan segala perkhidmatan dalam talian yang disediakan Laman web/Portal agensi-agensi kerajaan

No comments: