Monday, September 1, 2008

Panduan Pejabat Perkhidmatan Pelanggan

Pejabat Perkhidmatan Pelanggan merupakan struktur khas yang diwujudkan untuk mengendalikan hal ehwal pelanggan organisasi. Ia bertujuan untuk memudahkan pelanggan yang berurusan bagi mendapat maklumat dan perkhidmatan yang cepat dan tepat.

Fungsi Dan Peranan
Fungsi dan peranan Pejabat Perkhidmatan Pelanggan ialah:
(a) melayani pelanggan yang berurusan meliputi pertanyaan, aduan, khidmat nasihat dan maklum balas pelanggan.
(b) menjalankan fungsi perkhidmatan helpdesk kepada pelanggan yang berurusan.
(c) menguruskan dan memantau semua urusan pelanggan.
(d) membuat kajian dan pengukuran tahap kepuasan pelanggan serta mengemukakan cadangan
penambahbaikan.
(e) menjalinkan hubungan yang baik antara organisasi dengan pelanggan.
(f) menghebahkan penambahbaikan atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan.

No comments: